ARTIKEL

Industri pembalakan buka banyak peluang untuk rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kerajaan Sarawak bersedia untuk mengkaji semula dasar industri pembalakan negeri jika ia bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan terlibat dalam industri itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, antara aspek yang diberi penekanan ialah penanaman semula hutan dan penyertaan rakyat dalam industri pembalakan negeri.

“Kalau mahu menstruktur semula industri pembalakan Sarawak, kita boleh struktur semula,” katanya semasa berucap di Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Zon Tengah Sarawak di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penstrukturan semula itu termasuk memastikan pemegang lesen pembalakan di Sarawak memenuhi komitmen mereka untuk menanam semula hutan yang telah diterokai dengan pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil pendapatan.

Foto Ghazali Bujang

“(Kita tahu) ada pemegang lesen pembalakan sebelum diberi lesen, menyatakan kesanggupan untuk menanam semula hutan yang mereka terokai bagi mengganti pokok-pokok yang telah ditebang, namun mereka sebaliknya tidak berbuat demikian,” katanya.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak sudah memiliki teknologi penggunaan dron untuk mengenal pasti kawasan-kawasan baharu, di mana pokok yang ditanam boleh ditebang dalam tempoh enam tahun sahaja.

Beliau berkata, Sarawak yang beriklim tropika, memudahkan benih-benih pokok untuk tumbuh subur dan membesar dengan pantas kerana ia boleh mendapat hujan dan cahaya matahari yang mencukupi.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, beliau berkata, penambahbaikan dalam dasar pembalakan di Sarawak akan memberi penekanan terhadap penglibatan rakyat dalam industri berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Sarawak akan membuat kajian menyeluruh sebelum penstrukturan semula dasar itu dilaksanakan.

“Dari sudut lesen, ada di bawah Yayasan Sarawak dan STIDC (Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak), mungkin kita timbang kumpulan sasar yang boleh memegang saham dalam industri pembalakan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha