ARTIKEL

Industri Perkayuan Sarawak kekurangan buruh — STA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Industri perkayuan di Sarawak terus bergelut dengan isu kekurangan buruh khususnya dalam aktiviti-aktiviti sektor perladangan hutan dan kelapa sawit.

Pengerusi Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA), Datuk Henry Lau Lee Kong, berkata jika situasi ini tidak ditangani, ia akan mendatangkan risiko besar kepada kesinambungan operasi ahli-ahlinya.

Beliau berkata sehubungan itu, STA menyeru kepada pihak kerajaan agar segera mewujudkan dasar yang lebih konsisten dan memperkemaskan proses pengambilan pekerja asing.

“Kerangka kerja yang cekap dan boleh dijangka bukan sahaja akan membantu mengurangkan masalah kekurangan buruh semasa tetapi juga menyumbang kepada kestabilan jangka panjang industri perkayuan.

“Dengan memupuk persekitaran yang kondusif untuk pengurusan tenaga kerja, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan mampan dan daya saing ahli-ahli kami,” katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) STA di sini hari ini.
 
Teks ucapannya telah dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA, Wong Ting Chung.

Lau menambah, Kerajaan Sarawak telah menjadi penyokong penggunaan kayu balak dari ladang hutan, dan menggalakkan industri itu menceburi bidang produk kejuruteraan kayu dan biojisim.

Beliau berkata anjakan strategik ini memerlukan ahlinya menaik taraf kilang mereka untuk memproses balak daripada ladang hutan.

“Menyedari komitmen kewangan yang diperlukan untuk usaha sedemikian, insentif akan memainkan peranan penting dalam memudahkan peralihan penting ini.

“Kami juga mengharapkan bantuan kerajaan dalam membangunkan pasaran untuk produk-produk baharu yang akan muncul melalui inisiatif ini.

“Mewujudkan persekitaran bagi membolehkan kejayaan pengenalan dan penerimaan produk ini dalam pasaran adalah penting untuk pertumbuhan mampan dan daya saing industri kami,” tambahnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga