ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Zaidell (duduk tengah) merakam kenangan bersama yang lain selepas mesyuarat tersebut.

Industri sagu dan nipah diharap berkembang maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah telah mengadakan mesyuarat pertama bagi membincangkan pembangunan pekebun kecil rumbia di Kompleks Kebajikan Dalat, di sini, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah, Zaidell Hussaini.

Turut hadir ialah seramai 15 ahli Jawatankuasa Pekebun Kecil Rumbia Daerah Dalat serta sembilan orang staf Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB).

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemulihan kebun rumbia atau balau, serta pengumpulan data berkaitan pekebun-pekebun yang terlibat.

Data lengkap bagi pekebun rumbia di kawasan Dalat turut dikumpulkan semasa mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, pihak lembaga berharap agar industri sagu dan nipah terus berkembang maju demi manfaat semua pekebun kecil rumbia di seluruh Sarawak.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pengembangan Tanaman (Crop Development and Extension Division – CDED), Dr Hasawardi Hazimi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha