ARTIKEL

Industri sawit terajui amalan pertanian mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit berpotensi untuk menerajui amalan pertanian mampan, menurut Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen.

Beliau berkata sawit adalah pilihan utama untuk menghasilkan lebih banyak output dengan penggunaan tanah yang kurang berbanding minyak makan lain dan jika minyak sawit digantikan dengan alternatif, lebih banyak tanah diperlukan untuk memenuhi tahap pengeluaran atau bekalan sama.

“Ia memerlukan tujuh hingga 10 kali lebih banyak tanah, seluas sehingga 240 juta hektar,” katanya.

Bercakap pada Persidangan Penanam Antarabangsa ke-10, BekNielsen berkata kadar penebangan hutan di Malaysia, berikutan aktiviti penanaman sawit turut berkurangan.

“Malah, kawasan sawit yang matang di Malaysia merosot sebanyak 0.2 juta hektar sejak tiga tahun lepas.

Secara perbandingan, kadar penebangan hutan di Brazil susulan penanaman kacang soya bertambah sebanyak enam hektar sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Bek-Nielsen berkata syarikat industri sawit turut menyatakan komitmen terhadap pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO), menekankan prinsip antaranya tiada penebangan hutan, tiada pembangunan gambut baharu dan tiada eksploitasi.

Beliau turut menegaskan keperluan untuk membantu kalangan pekebun kecil menambah baik operasi untuk meningkatkan kemampanan susulan kumpulan itu menyumbang sebanyak 40 peratus daripada pengeluaran minyak sawit mentah negara.

Bek-Nielsen turut menggesa industri untuk memanfaatkan mekanisasi (penggunaan alat jentera dan mesin), penyahkarbonan rantaian nilai, meningkatkan kemahiran pekerja dan mengamalkan kepimpinan secara praktikal.

“Minyak sawit mampan adalah langkah ke hadapan dan peningkatan permintaan terhadap minyak sawit pada masa depan memerlukan peralihan ke arah amalan mampan dan keadaan ini memerlukan tanggungjawab dan perubahan bersama-sama oleh semua pihak yang terlibat,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau