ISTANBUL: Lima maut pada Isnin dalam satu insiden tembakan di Bandar Stade, Lower Saxony, di utara Jerman, menurut pihak polis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Polis Stade dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi saluran WhatsApp mereka memaklumkan bahawa lima individu terkorban manakala beberapa yang lain cedera selepas insiden di sebuah kemudahan kebajikan belia.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa dua suspek, termasuk individu yang didakwa sebagai penembak, telah ditahan.
Siasatan lanjut mengenai latar belakang kes serta kronologi sebenar kejadian berkenaan masih dijalankan, kata pihak polis. – BERNAMA-ANADOLU



