ARTIKEL

Ewon (tengah) bercakap di sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri INSKEN di Dewan Semarak hari ini, diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Suriani Ahmad (kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin (dua kanan).

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini – Ewon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata usahawan dilatih tahun lepas telah menunjukkan prestasi cemerlang, dan ada yang mencapai hingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu.

“Ini menunjukkan INSKEN merupakan agensi bimbingan keusahawanan penting di negara ini.

“Kementerian akan terus sokong dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada usahawan kita menerusi INSKEN ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN di sini hari ini.

Ewon berkata pelbagai program dan latihan keusahawanan dirancang tahun ini dengan harapan dapat membimbing 10,000 usahawan, dan berdasarkan kajian pihaknya, usahawan mikro dan kecil paling ramai terlibat dalam sektor perkhidmatan.

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan dengan senarai latihan boleh didapati di laman https://www.insken.gov.my/pendaftaran/.

Baca lain  Pembangunan Identiti Digital Nasional guna kepakaran tempatan

Sementara itu, ketika ditanya mengenai lokasi Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) anjuran KUSKOP seterusnya, Ewon berkata ia bakal diadakan pada 11 dan 12 Mei akan datang di Kuala Penyu, Sabah sempena Pesta Kaamatan.

“Program sama juga akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara selain kita juga bakal mengadakan Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Francais dan Jualan MADANI Koperasi selepas ini,” katanya. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

AMBIL SERIUS LUAHAN PETUGAS KESIHATAN – CUEPACS

KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini. Presidennya Datuk Dr

BERITA TERBARU