ARTIKEL

iOS 17.0.3 tangani isu panas iPhone 15

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

APPLE mengeluarkan kemas kini iOS 17.0.3 untuk siri iPhone 15 bertujuan meningkatkan keselamatan dan menutup kelemahan atau pepijat yang menyebabkan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mengalami masalah panas melampau.

Sebelum kemas kini ini, pengguna melaporkan isu pemanasan semasa menggunakan telefon untuk aktiviti seperti menyemak imbas media sosial, menggunakan kamera, bermain permainan dan mengunakan teknologi pengecasan pantas.

Selepas kemas kini, Apple mendakwa suhu iPhone 15 Pro dan Pro Max dikurangkan dengan ketara.

Ujian menunjukkan penurunan suhu puncak sehingga 3 darjah Celsius.

Sebelum kemas kini, suhu terpanas telefon mencapai 41.7 darjah Celsius.

Manakala selepas kemas kini, suhu turun 34.3 darjah Celsius. Apple mengenal pasti salah satu punca isu pemanasan berlaku disebabkan pepijat dalam sistem pengendalian iOS 17.

Mereka berjaya menyelesaikannya dengan kemas kini perisian. 

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU