IPD Bau komited jamin keselamatan penduduk

BAU: IPD Bau komited dalam menjamin tahap keselamatan di setiap kampung di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon menurutnya antara inisiatif dijalankan termasauk mengadakan program Talk To Us dengan masyarakat kampung

Katanya program berkenaan diadakan di Kampung Batu Spit pada Rabu lalu dengan pelbagai aktivi-ti dijalankan seperti pengenalan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan tips pencegahan jenayah.

“Penduduk turut didedah kepada keadaan jenayah di Bau, kesedaran bahaya dadah serta kesannya kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Poge menambah sempena program berkenaan, anggota IPD Bau terlibat turut menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan kampung.

“Tinjauan mendapati keadaan keselamatan di Kampung Batu Spit berada pada tahap baik dan pen-duduk kampung memaklumkan tiada aktiviti penge-daran dadah atau kejadian kecurian harta benda.

“Bagaimanapun pihak kampung memohon agar rondaan kerap dijalankan terutama pada waktu tengah malam hari minggu kerana terdapat aktiviti remaja melepak di hujung kampung,” katanya.

Suara Sarawak