ARTIKEL

Matlamat utama penganjuran adalah untuk memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, serta menangani isu kesihatan seperti obesiti dalam kalangan warga PDRM. | Foto IPD Kuching

IPD Kuching galak budaya hidup sihat, tingkat kecergasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dataran Kawad IPD Kuching menjadi lokasi berlangsungnya Program Gaya Hidup Sihat (Trim & Fit) peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching anjuran Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching bersama Balai Polis Santubong.

Menurut kenyataan IPD Kuching, program ini telah disempurnakan dengan kehadiran P/DSP Khairol Redzuan Ahmad, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Kuching, bersama ketua/wakil ketua bahagian, ketua/wakil ketua polis balai, pegawai kanan, anggota polis serta pegawai awam IPD Kuching.

Matlamat utama penganjuran adalah untuk memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, serta menangani isu kesihatan seperti obesiti dalam kalangan warga PDRM.

Selain itu, ia juga bertujuan menyemai kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif demi melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.

Program sebegini diharap dapat diteruskan secara berjadual dan dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga IPD Kuching dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental. – TVS

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah