ARTIKEL

IPD Lawas sudah siap sedia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas siap siaga dalam menghadapi penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada hari pembuangan undi, 19 November ini.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Sila Kadong berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain untuk memudahkan urusan rakyat yang keluar mengundi.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat persiapan bersama-sama dengan agensi-agensi lain, iaitu bomba, Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan agensi-agensi lain.

“Sekiranya pengundi-pengundi pada 19 November nanti ada masalah untuk pergi mengundi dan kalau kawasan mereka dinaiki air, boleh hubungi bilik gerakan polis yang bertugas dalam tempoh 24 jam.

“Kita akan berusaha untuk membantu pengundi ini supaya sampai dengan selamat di tempat mengundi dan balik dengan selamat juga,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi sekitar jam 8.30 pagi di Rumah PERKEP IPD Lawas, hari ini.

Menjelang hari mengundi nanti juga katanya, anggota polis sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Seperti yang kita sudah tahu, calon bagi Parlimen Lawas adalah orang tempatan, jadi sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, pihak polis sudah bersedia. Kita telah menyediakan Pasukan Cantas (10 anggota) dan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) (10 anggota),” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan situasi berkempen di Parlimen Lawas terkawal dan tiada sebarang bentuk laporan diterima daripada parti politik mahupun individu.

Berhubung kawasan Ba’Kelalan, beliau menyatakan polis dengan Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan menggunakan helikopter untuk membawa peti undi balik nanti.

“Semasa pergi ke Ba’Kelalan mereka akan menggunakan laluan darat,” ujarnya lagi.

Hari ini, 120 anggota IPD Lawas disenaraikan untuk undi awal termasuk yang mengundi secara pos.

Tinjauan mendapati suasana mengundi awal tenang dan kebanyakan anggota tiba untuk menunggu giliran membuang undi pada jam 7.30 pagi.

Menurut Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.222 Lawas, Ladin Atok, hanya satu saluran dibuka untuk undi awal membabitkan anggota IPD Lawas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha