ARTIKEL

IPD Saratok perlu ambil pendekatan proaktif — DSP Mathew

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengingatkan seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok agar terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat.

Beliau berkata, kejayaan dalam usaha pencegahan jenayah amat bergantung kepada kerjasama serta sokongan orang ramai.

“Sehubungan itu, semua warga kerja IPD Saratok perlu mengambil pendekatan proaktif dengan mendekati ketua masyarakat dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan masing-masing.

“Hubungan erat penting bagi membantu pihak polis memperoleh maklumat awal berkaitan aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Gunakan platform sedia ada seperti program komuniti, dialog keselamatan serta lawatan mesra bagi membina kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Saratok bagi bulan April, di sini, hari ini.

Fokus utama IPD Saratok pada bulan ini adalah mempertingkatkan usaha pencegahan serta menurunkan kadar jenayah di daerah berkenaan.

“Kita perlu bertindak lebih proaktif dan bukan sekadar mengambil tindakan selepas sesuatu kejadian berlaku.

“Justeru, kehadiran anggota polis di lapangan, rondaan yang konsisten serta tindakan awal terhadap sebarang elemen mencurigakan perlu diperkasakan,” ujarnya.

Mengulas aspek penguatkuasaan lalu lintas, beliau menegaskan perkara itu tidak boleh dipandang ringan.

“Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya undang-undang dipatuhi, justeru tindakan penguatkuasaan secara berterusan dan tegas perlu diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan.

“Operasi serta sekatan jalan raya hendaklah dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai