ARTIKEL

Iran Perlu Pastikan Pelayaran Selamat Di Selat Hormuz Susulan Persetujuan Dengan AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN: Iran bertanggungjawab untuk memastikan pelayaran yang selamat di Selat Hormuz dan merancang untuk mengenakan bayaran bagi penyediaan perkhidmatan berkaitan, bukannya duti bagi laluan kapal, selaras dengan memorandum bersama Amerika Syarikat (AS), kata Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmail Baghaei pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Menurut memorandum itu, Iran sebagai negara pesisir dengan kerjasama Oman, perlu memastikan keselamatan kapal dan pelayaran yang selamat melalui laluan yang berkepentingan strategik ini,” kata Baghaei kepada pemberita.

Beliau berkata Iran tidak berhasrat untuk mengutip duti bagi perkapalan, sebaliknya akan mengenakan bayaran bagi perkhidmatan, perlindungan alam sekitar dan insurans, yang akan disediakan bersama-sama Oman kepada kapal-kapal yang melalui laluan berkenaan. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU