ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

IRGC ikrar setia kepada pemimpin baharu Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengisytiharkan sokongan padu terhadap Mojtaba Khamenei pada Isnin selepas beliau dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu oleh Majlis Pakar.

Memetik laporan  Anadolu Ajansi, IRGC dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Mojtaba atas pelantikan itu bagi menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terkorban dalam serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel di Tehran pada 28 Feb lepas.

Ali Khamenei telah menerajui Iran selama hampir empat dekad sebelum insiden berkenaan.

IRGC menegaskan badan itu menghormati keputusan Majlis Pakar dan mengikrarkan kesetiaan penuh kepada pemimpin baharu itu, selain berikrar untuk mematuhi segala arahan serta mempertahankan Republik Islam itu.

Kenyataan itu turut menyifatkan Mojtaba Khamenei sebagai ulama berkelayakan yang mampu membimbing negara menempuh cabaran politik dan serantau yang kompleks.

Selain itu, IRGC turut menggesa rakyat Iran supaya bersatu menyokong kepimpinan baharu dan mempertahankan kedaulatan negara.– BERNAMA

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU