KUCHING: Irwan Zulkarnain Mohd. Hasbie diberi kepercayaan menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Golf Amatur Sarawak (PGABS) Ke-14 untuk tempoh 2024 dan 2025.
Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas menang tanpa bertanding setelah dicalon semula untuk jawatan nombor satu itu pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) PGABS di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya, hari ini.
Sementara itu, Zuraimy Kushaili turut berjaya mengekalkan portfolio untuk jawatan timbalan pengerusi, menang tanpa bertanding.
Dalam pada itu, Alhisham Azhari pula sebagai setiausaha, Afendy Ibrahim sebagai penolong setiausaha, bendahari diterajui Yussuf Drahman dan Muhammad Faizal Kamel sebagai penolong bendahari.
Lima ahli jawatankuasa PGABS ialah Yakob Jalel, Abu Bakar Keprawi, Zabidi Shabaneh, Mohd. Sardon Zainal dan Mohammad Lokman Mustaffa.


