ARTIKEL

Logo Politeknik dan Kementerian Pendidikan Tinggi

iSBMC ’26 berkembang ke pentas antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bermula sebagai pertandingan dalaman Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada 2012, International Sarawak Bridge and Mapping Challenge 2026 (iSBMC ’26) kini berkembang ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan institusi dari Indonesia.

Penganjuran tahun ini mencatat perkembangan baharu selepas pertandingan itu sebelum ini berlangsung di peringkat negeri pada 2023 dan 2024.

Menurut kenyataan PKS, perkembangan iSBMC ’26 selari dengan usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sarawak.

Program selama dua hari itu menghimpunkan 393 peserta, terdiri daripada 114 pelajar institusi pengajian tinggi dan 279 pelajar sekolah, selain 84 penyelia serta 32 ahli juri.

Institusi luar Sarawak dan antarabangsa yang mengambil bahagian ialah Universitas Tanjungpura dari Indonesia, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.

Pengalaman mereka membentuk, membina, menguji dan membentangkan hasil kerja turut memupuk kemahiran kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan projek dan daya tahan peserta.

Penganjuran iSBMC ’26 turut menyokong sasaran Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak, termasuk mencapai lebih 60 peratus kemasukan STEM di peringkat sekolah menengah atas dan lebih 20 peratus lepasan SPM melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, selain sasaran kebolehpasaran graduan pengajian tinggi dan TVET melebihi 80 peratus menjelang 2030.

iSBMC ’26 dianjurkan PKS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Lembaga Juruukur Tanah Sarawak (LSSB), Persatuan Alumni Politeknik Kuching serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha