ARTIKEL

Abang Johari bersama tetamu kehormat menyaksikan penyerahan sijil Syariah kepada Ketua Pegawai Eksekutif DBOS, Datuk Laura Lee sempena Hari Integriti DBOS di Kuching, hari ini. – Foto Ghazali Bujang

‘Islamic Banking Window’ DBOS posisikan Sarawak dalam ekosistem kewangan Islam global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pelancaran ‘Islamic Banking Window’ Bank Pembangunan Sarawak Berhad (DBOS) sebagai peluang tepat pada masanya dan bersifat strategik untuk memposisikan Sarawak dalam ekosistem kewangan Islam global.

Tambahnya, langkah itu sekali gus membuka era baharu yang berteraskan skala, kelestarian dan integrasi strategik.

“Dengan inisiatif ini, DBOS bukan sahaja mengukuhkan penawaran kewangannya tetapi juga memperkukuh komitmen Sarawak terhadap pembangunan inklusif dan berasaskan nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Integriti DBOS serta melancarkan ‘Islamic Banking Window’ DBOS di sini, hari ini.

Justeru, Abang Johari berkata beliau berbesar hati melihat DBOS mencapai satu lagi pencapaian penting dengan melancarkan ‘Islamic Banking Window’.

Jelasnya, perbankan Islam DBOS berlandaskan prinsip Syariah serta menerapkan nilai keadilan, kesaksamaan, tanggungjawab sosial dan integriti.

Menurut Abang Johari, sektor kewangan Islam global telah menyaksikan pertumbuhan ketara dalam era pasca pandemik.

Katanya, berdasarkan laporan Standard Chartered Bank bertajuk “Islamic Banking for Financial Institutions: Unlocking Growth Amidst Global Shifts”, aset kewangan patuh Syariah merangkumi perbankan Islam, sukuk (bon Islam) dan dana pelaburan telah melebihi USD5.5 trilion pada 2024 dan dijangka mencecah USD7.5 trilion menjelang 2028.

@@aa@

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha