ARTIKEL

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | Bernama

Ismail Sabri serah keputusan bertanding kepada Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan keputusan berhubung pencalonannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding atau sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada pemberian watikah oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Kalau Presiden UMNO bagi watikah untuk bertanding, baru saya bertanding.

Kalau tak ada watikah, tak bertandinglah,” katanya pada Majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Malam Puisi Mengukir Bangsa di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sejak 2004 telah mewakili kawasan itu selama lima penggal.

Sementara itu, beliau ketika mengulas konsep Rumah Bangsa yang diperkenalkan UMNO menyatakan sokongan terhadap inisiatif berkenaan yang disifatkannya sebagai usaha memperkukuh penyatuan orang Melayu.

Beliau berkata pendekatan itu membuka ruang lebih luas kepada penyertaan orang Melayu termasuk bekas ahli yang pernah dipecat, individu daripada parti lain serta mereka yang tidak berparti.

“Saya menyokong usaha Presiden untuk membuka UMNO seluas-luasnya kepada orang Melayu, termasuk mereka yang pernah dipecat atau datang daripada parti lain.

Ia adalah langkah ke arah penyatuan kaum Melayu,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU