ARTIKEL

Abdul Rahman mewakili Premier berucap pada Majlis Penutupan Program Majlis Bacaan dan Isnad Kitab Muwatta’ Imam Malik.

Isnad, talaqqi perkukuh kefahaman ilmu Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tradisi isnad, talaqqi dan musyafahah penting dalam memastikan ilmu Islam yang dipelajari bersandarkan sumber sahih serta disampaikan dengan penuh amanah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tradisi berkenaan semakin penting dalam era maklumat tersebar pantas bagi membimbing generasi muda menilai, memahami dan membezakan ilmu sahih daripada maklumat tanpa asas kukuh.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) pada Majlis Penutupan Program Majlis Bacaan dan Isnad Kitab Muwatta’ Imam Malik di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, program berkenaan bukan sahaja menghimpunkan masyarakat untuk menimba ilmu, malah menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang diwarisi daripada ulama terdahulu.

Beliau berkata, pendidikan Islam dan pengajian ilmu turath mempunyai peranan penting dalam membentuk insan seimbang, selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Sarawak secara menyeluruh.

“Kemajuan material perlu bergerak seiring pembangunan rohani supaya generasi yang dilahirkan bukan sahaja berkemahiran dan berdaya saing, tetapi turut mempunyai pegangan agama serta nilai kehidupan yang kukuh,” ujarnya.

Budaya menuntut ilmu perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sarawak melalui pengukuhan jaringan antara institusi agama, ulama, asatizah dan masyarakat.

Beliau turut menyeru agar ilmu yang diperoleh sepanjang program diterjemahkan melalui penghayatan dan amalan dalam kehidupan seharian, selain diwariskan kepada generasi muda.

Usaha yang konsisten dan sokongan semua pihak diyakini mampu melahirkan lebih ramai pencinta ilmu, asatizah, ulama dan cendekiawan Islam dari Sarawak yang berwibawa di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026