ARTIKEL

Israel sangsi program nuklear Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Setelah berjaya mengadakan kesepakatan dengan UAE, Israel dilaporkan khuatir akan program pengolahan uranium untuk bahan tenaga nuklear Arab Saudi. Program tersebut dikenal pasti kerjasama antara Riyadh dengan Jordan dan China.

China jelas musuh AS dan pro-Iran. Times of Israel memetik laman sesawang Walla pada Jumaat bahawa pegawai Israel cemas program nuklear Arab Saudi dapat merosak hubungan tidak rasmi kedua-dua negar.

Israel ketika ini sedang melobi negara Arab agar mengikut jejak UAE yang memulihkan hubungan diplomatik dengan rejim zionis itu. Israel khuatir kemudahan itu digunakan Arab Saudi untuk mengembangkan senjata nuklear bagi menyaingi kuasa Iran.

Kejayaan Arab Saudi nanti tentu akan memberi ilham bagi perlumbaan senjata dalam kalangan negara Arab di Timur Tengah. Arab Saudi membangunkan program nuklear lebih sedekad dengan menyasar mendirikan 16 reaktor nuklear menjelang 2040.

Sebelum ini Arab Saudi berikrar tidak akan memulihkan hubungan diplomasi dengan Israel sehinggalah perjanjian damai dengan Palestin ditandatangani.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi