ARTIKEL

Isteri didenda RM900 tampar wanita disangka jalin hubungan dengan suami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda RM900 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menampar seorang wanita berusia 24 tahun, 17 Februari lepas.

Ia susulan, kerana tertuduh menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Fiffy Fearalissa Mohamad Shukri, 23, dari Kampung Tabuan Tengah, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di tepi jalan hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Green, sekitar jam 10.30 malam, 17 Februari lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU