ARTIKEL

Isteri juara program Da’i hadapi dakwaan tipu peniaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Isteri kepada juara program keagamaan, Da’i, musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan menipu seorang peniaga wanita dalam mendapatkan sijil halal menyebabkan kerugian sebanyak RM10,050.

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, yang lebih dikenali sebagai ‘Dr Erin’, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Noorainul Naqim, yang menjalankan perniagaan sendiri, didakwa mendorong Norsiha Aala, 48, untuk menyerahkan wang berkenaan bagi mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu milik mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Keramat, Wangsa Maju, di sini, antara 21 Dis 2017 hingga 26 Feb 2018, dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Shaik Abdullah Abdul Malik, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan perlu menanggung lapan anak berusia antara lima dan 19 tahun yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes.

Noorainul Naqim membayar jaminan tersebut.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha