ARTIKEL

Lokasi berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang suami isteri yang terbabit kemalangan dengan sebuah pikap.

Isteri maut, suami cedera kemalangan di Jalan Lundu-Sematan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seorang wanita warga emas maut sementara suaminya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Lundu-Sematan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.40 pagi.

Katanya, mangsa, 61, menaiki motosikal jenis Honda EX5 bersama suaminya, 68, sedang dalam perjalanan dari arah Biawak menuju ke Lundu.

“Kedua-dua mangsa dipercayai telah keluar dari simpang Biawak dan terus memasuki lorong kanan sekali tanpa berhenti di simpang terlebih dahulu.

“Pada masa yang sama, sebuah pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki, 58, di lorong kanan telah melanggar motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Damataries berkata, akibat kemalangan, suami mangsa mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan sementara mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak perubatan.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha