ARTIKEL

Isu kalimah Allah: Tiong mahu semua pihak tenang dan menahan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Sri Tiong King Sing menggesa menghentikan pertikaian berterusan mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam demi menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini.

“Mari kita guna pendekatan yang saling inklusif dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi.

Ia selaras dengan negara kita yang berbilang budaya dengan kepelbagaian adat dan kewujudan harmoni pelbagai etnik,” katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, katanya menerusi satu kenyataan.

Tegas beliau parti politik dan pemimpin kerajaan, khususnya, tidak seharusnya memburukkan isu berkenaan.

“Saya percaya dengan tegas bahawa parti politik dan pemimpin kerajaan mesti menahan diri daripada menyiarkan isu ini secara berlebihan.

Lagipun, penghakiman mahkamah telah dicapai, tetapi terus menyiarkan rungutan akan menjadi tidak produktif kepada keharmonian yang aman di negara ini,” katanya lagi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

BERITA LAIN

Bawa keceriaan Ramadan kepada golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan Ikram Malaysia (Ikram) fokus untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara, termasuk di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Bazar Ramadan di Sarawak kembali meriah

KUCHING: Pembukaan bazar Ramadan di sekitar Sarawak sedang giat dijalankan dengan beberapa lokasi telah ditetapkan untuk dijadikan tempat berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Pembukaan bazar

BERITA TERBARU