ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026: Kebangkitan Sarawak: Membentuk Masa Depan Aeroangkasa di Asia Pasifik di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

Isu minyak dan gas MA63: Abang Johari serah sepenuhnya kepada keputusan mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan pendiriannya untuk tidak mengulas isu berkaitan sumber minyak dan gas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebaliknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada keputusan mahkamah.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan MA63 tidak mengatur sumber minyak dan gas di negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) tetapi merupakan dokumen asas yang menetapkan terma pembentukan Malaysia termasuk hak dan autonomi bagi kedua-dua negeri itu.

Azalina memaklumkan MA63 tidak mengandungi peruntukan berkaitan pemilikan, pengurusan atau pengawalan sumber minyak dan gas mahupun mentakrifkan peranan entiti petroleum seperti Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) atau Petroleum Sarawak Bhd (PETROS).

Beliau juga berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju yang meminta penjelasan mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan laut wilayah Sarawak dan bagaimana rundingan MA63 menangani pertindihan kuasa antara PETROS dengan PETRONAS.

Ketika diminta mengulas isu berkenaan, Abang Johari dengan tegas menjawab tunggu keputusan mahkamah.

“Tunggulah mahkamah, tunggu mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmikan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026: Kebangkitan Sarawak: Membentuk Masa Depan Aeroangkasa di Asia Pasifik di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Pada 12 Januari lalu, PETRONAS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapat penjelasan berhubung kerangka kawal selia yang terpakai kepada operasi petroleum di Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sebagai responden.

Permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan bagi memastikan PETRONAS terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik dan bukan berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak mahupun menghalang peranan PETROS dalam sektor tenaga di negeri tersebut.

Keputusan memfailkan usul tersebut dibuat susulan perbincangan serta rundingan yang berjalan semenjak tahun 2024 bersama PETROS serta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Untuk rekod, Abang Johari turut memaklumkan kenyataan yang sama semasa ditemui pada Majlis Amanat Perdana pada 13 Januari lalu iaitu Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tindakan PETRONAS memfailkan notis usul berkenaan.

Beliau ketika itu juga tidak mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha