ARTIKEL

Isu moratorium antara menarik perhatian Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Isu lanjutan tempoh moratorium kewangan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik COVID-19 antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) dijadual mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank yang akan berakhir 30 Sept depan akan dilanjutkan enam bulan lagi.

Lim yang juga bekas Menteri Kewangan juga mahu tahu bantuan yang akan diberikan kepada peniaga dan individu untuk pinjaman perumahan, kad kredit dan kenderaan, sekiranya moratorium tersebut tidak dilanjutkan.

Selain itu, Yamani Hafez Musa (Bersatu-Sipitang) pula dijangka bertanyakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri (domestik) pasca COVID-19.

Sidang dewan yang memasuki hari kesembilan hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan akan membabitkan Seksyen 41 hingga 45 yang berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu