ARTIKEL

Nicholas Kudi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di Kuching, hari ini.

Isu penempatan semula lima buah rumah panjang di kawasan Tunoh perlu diselesaikan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu penempatan semula lima buah rumah panjang di kawasan Tunoh yang melibatkan sekitar 200 keluarga dan hampir 1,000 penduduk perlu diselesaikan segera, kata ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai.

Menurutnya, masalah ketidakpastian lokasi penempatan yang berlarutan sejak 1974 itu menyebabkan penduduk tidak dapat membina kediaman kekal, selain terus hidup tanpa jaminan keselamatan tanah serta terdedah kepada pelbagai risiko sosial dan ekonomi.

“Penduduk tidak boleh hidup atas dasar tunggu arahan selama bertahun-tahun. Mereka berhak kepada kepastian dan pelan penempatan yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Ujarnya, kelewatan berlarutan itu turut memberi kesan besar kepada kemampuan kerajaan untuk menyalurkan kemudahan asas secara terancang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha