SARATOK: Isu sekolah daif melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bollah di Kampung Kaba akan dibawa ke Mesyuarat Pembangunan Sekolah-sekolah Sarawak, esok (Rabu).
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee.
“Balik dari Spaoh, saya singgah di SK Haji Bollah, salah sebuah sekolah daif.
“Sekolah ini pada mulanya dicadang dibaiki di bawah Skim RM1 Bilion Kerajaan Sarawak, tetapi kemudian diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)
“Bagaimanapun, esok (Rabu) Mesyuarat Pembangunan Sekolah-sekolah Sarawak, saya akan bawa untuk dipercepat,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Hadir bersama beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri.



