ARTIKEL

Isu Tadbir Urus Rumah Ibadat Berlandaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang – KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menegaskan bahawa pengurusan isu berkaitan tadbir urus rumah ibadat di negara ini dilaksanakan berlandaskan kerangka perundangan sedia ada serta prinsip kedaulatan undang-undang.

KPN memaklumkan, pendekatan itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat Malaysia MADANI yang menekankan keharmonian, keadilan serta saling menghormati dalam masyarakat majmuk.

Menurut kementerian itu, urusan pembinaan, pengubahsuaian dan pematuhan rumah ibadat tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia dilaksanakan melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal selia struktur bangunan, aspek kebersihan serta memastikan tiada pembinaan rumah ibadat dilakukan tanpa kebenaran.

Selain itu, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) diguna pakai bagi mengawal aspek teknikal pembinaan serta keselamatan struktur bangunan rumah ibadat demi menjamin keselamatan awam.

Perancangan dan penetapan tapak rumah ibadat pula dilaksanakan menerusi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh PLANMalaysia melalui penyediaan Rancangan Tempatan.

Sehubungan itu, KPN menegaskan bahawa sebarang isu berkaitan rumah ibadat perlu ditangani secara berhemah, berfakta dan berlandaskan undang-undang tanpa mengheret sentimen perkauman atau keagamaan.

Kementerian turut menyatakan komitmen untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam memperkukuh kefahaman, dialog serta keharmonian antara penganut agama, dengan menghormati bidang kuasa agensi berkaitan.

Dalam masa yang sama, semua pihak diseru agar menghormati proses perundangan, mengelakkan spekulasi serta mengekalkan semangat saling menghormati demi memelihara perpaduan nasional dan kestabilan negara.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha