ARTIKEL

Iswardy kenyang pulut, badan binasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BENARLAH kata pepatah, kerana “pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Pemimpin berpotensi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Iswardy Morni terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum – yang mungkin sahaja berlangsung pada tahun ini atau tahun hadapan.

Ia susulan hukuman denda RM5,000 terhadapnya yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi laman Facebooknya, Iswardy Morni Official pada 29 Mei 2021.

Antara syarat penting yang tidak melayakkan seseorang menjadi calon pilihan raya ialah jika beliau sabit kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2000. Iswardy, 48 tahun, mungkin sahaja bermulut celopar.

Beliau boleh mengulas dan membentak apa-apa sahaja dalam audio siarnya, waima membelasah ahli dan pegawai partinya sendiri, jika beliau tidak bersetuju dengan tindakan mahupun pandangan mereka.

Apatah lagi seteru politiknya.

Tetapi itulah keistimewaan anak muda ini yang berasal dari Samariang, menyebabkan beliau menarik ramai peminat, penyokong, penggemar dan penyorak.

Kemahiran itu jugalah menjadikan beliau antara pengendali audio siar yang dikagumi, kerana sentiasa mampu dan berstamina dalam mengulas pelbagai isu, biarpun ada ketikanya ‘berat sebelah’ kepada fahaman politiknya.

Dan acap kali mengatakan apa yang dilakukan oleh parti lawannya, salah, bodoh dan pelbagai istilah lain.

Dalam konteks hujahannya, beliau sahaja yang benar dan menang. Hakikatnya dalam konteks kes mahkamah tersebut, beliau dirakam bercakap dengan “biadap” seolaholah Yang di-Pertuan Agong berada di hadapannya.

Tindakannya siap mengetuk papan telefon bimbit, seolah-olah untuk mengejutkan “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”. Dan kerana itu beliau telah dihukum.

Difahamkan, pada asalnya beliau mahu mencabar hukuman tersebut dengan melakukan rayuan. Dan dipercayai atas nasihat beberapa pihak, dan mungkin juga daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pada 7 Februari lalu, beliau membuat penjelasan bahawa pasukannya akan “menerima takdir hukuman” tersebut.

Beliau sebenarnya perlu bersyukur, kerana bagi kebanyakan netizen dan ahli politik, ia dianggap sebagai “terlalu ringan” kerana mereka membandingkan kes ini dengan beberapa kes terdahulu melibatkan individu lain.

Akta Hasutan 1948 memperuntukkan, sesiapa yang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Iswardy, beliau sebenarnya seorang yang amat berbakat dalam melontarkan hujahan, apatah lagi jika ia berkait dengan politik.

Seorang pemimpin kanan parti GPS turut mengakui hakikat ini kepada penulis. “Beliau seorang yang genius apabila berhujah. Beliau memiliki bakat.

Namun beliau memilih untuk menjadi pembangkang,” katanya lagi.

Dan mungkin kerana bakatnya itulah maka beliau terjerumus ke dalam aktiviti hasutan dan hinaan yang mengakibatkan hukuman ini. Untuk mengatakan beliau tidak sedar dan tidak tahu akan tindakannya boleh menyebabkan beliau disabit dengan perbuatan jenayah, tidak adil sebab latar beliau adalah sebagai seorang peguam.

“Mungkin waktu itu disebabkan COVID-19, tekanan dan sebagainya (menyebabkan beliau melakukan tindakan yang dianggap menghina tersebut),” ulasnya dalam audio siar peribadi pada 7 Februari lalu.

GPS turut mengakui hakikat ini kepada penulis.

“Beliau seorang yang genius apabila berhujah. Beliau memiliki bakat. Namun beliau memilih untuk menjadi pembangkang,” katanya lagi.

Dan mungkin kerana bakatnya itulah maka beliau terjerumus ke dalam aktiviti hasutan dan hinaan yang mengakibatkan hukuman ini.

Untuk mengatakan beliau tidak sedar dan tidak tahu akan tindakannya boleh menyebabkan beliau disabit dengan perbuatan jenayah, tidak adil sebab latar beliau adalah sebagai seorang peguam.

“Mungkin waktu itu disebabkan COVID-19, tekanan dan sebagainya (menyebabkan beliau melakukan tindakan yang dianggap menghina tersebut),” ulasnya dalam audio siar peribadi pada 7 Februari lalu.

“Oleh kerana saya tidak merayu maka kekal hukuman itu… kekal rekod jenayah itu kepada saya. Jadi saya tidak boleh bertanding dalam pilihan raya yang akan datang untuk satu term (penggal) sehingga umur saya 55 tahun nanti.

Dari sekarang, tujuh tahun, next PRU (pilihan raya umum) will be 2027, so tambah 5 tahun selepas 2027, tahun 2032 baru saya boleh bertanding,” jelasnya dalam audio siar miliknya.

Beliau mengaku, berhubung soal pemilihan dalam parti, biarpun menyerah kepada keputusan parti, beliau percaya parti PKR tidak akan membenarkan beliau bertanding sebarang jawatan dalam parti.

“Tempoh sekarang ini, mulai minggu depan saya tidak lagi menjadi ketua cabang, sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Kerja Penerangan.

Saya juga tidak lagi menjadi Pengarah Strategi PKR Sarawak kerana semua jawatan itu telah “dilucutkan” kerana kes saya,” tambahnya.

Beliau kini merupakan ahli biasa dalam parti.

“Saya juga tidak boleh dilantik Senator kerana ada rekod jenayah selama satu penggal,” ujarnya lagi. (Tetapi beliau menafikan niatnya untuk menjadi Senator, dalam status facebooknya yang terkini).

Mungkin tempoh hukuman ini menjadi waktu bertenang kepada Iswardy.

Beliau boleh menggunakannya untuk menilai kembali apa yang telah dilakukannya.

Pemimpin berjiwa besar seperti beliau tidak boleh untuk cepat mengalah, kerana pemimpin besar akan diuji berkali-kali.

Beliau mengaku bahawa selepas ini menjadi individu di sebalik tabir. Mungkin sahaja beliau tidak berniat untuk menjadi wakil rakyat dan sebagainya ketika mula menyertai parti — kerana niat asalnya mahu melawan kebobrokan dan kebejatan kerajaan.

Namun beliau perlu menilai semua kata-kata itu, kerana jika sekadar kata-kata, mungkin tiada apa yang dapat dilakukan jika berada dari luar lingkungan parti dan kerajaan.

Namun sebagai pemimpin yang cergas, dan sentiasa memiliki akal bijak, ia tidak mencukupi.

Mungkin juga beliau kekal dengan audio siarnya untuk kekal relevan dalam politik.

Tetapi awasilah pertuturan dan dakwaan, kerana tidak mustahil pisang akan berbuah dua kali.

Selamat maju jaya Iswardy. Hukuman seperti ini bukan penamat politik dan niat untuk menjadi pemimpin.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu