ARTIKEL

Foto: Magnific

Itali Bersedia Hadapi Gelombang Haba Melampau, Ribut Kencang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Ketika gelombang haba terus melanda Itali, negara itu bersiap sedia menghadapi cuaca panas melampau dan ribut kencang pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita ANSA.

Walaupun suhu dijangka kembali ke paras normal bagi musim ini dalam beberapa hari akan datang, tenaga haba yang terkumpul berpotensi mencetuskan ribut hujan batu yang kuat.

Suhu di bahagian tengah dan utara Itali dijangka menghampiri 40 darjah Celsius, manakala ribut petir diramalkan melanda kawasan sekitar Banjaran Alps.

Pada Rabu, suhu dijangka menurun, namun perubahan cuaca itu berkemungkinan membawa ribut petir kencang, hujan batu lebat serta hujan lebat, khususnya di utara Itali dan beberapa kawasan di bahagian tengah serta selatan negara itu.

Sementara itu, 22 bandar berada di bawah amaran cuaca merah, dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 25 dalam tempoh dua hari akan datang.

Pada Ahad, gangguan bekalan elektrik akibat cuaca panas turut berlaku di bandar Padua di utara Itali.

Ribut kencang turut mencetuskan tanah runtuh yang melanda tiga rumah di South Tyrol, menyebabkan lima orang cedera dan memaksa 69 penduduk dipindahkan dari beberapa bangunan. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU