ARTIKEL

Itali tahan individu ingkar arahan tutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROM: Berikutan peningkatan jumlah kes pelanggaran “tutup” memaksa pihak berkuasa Itali mengambil tindakan tegas menguat kuasa undang-undang demi membendung wabak Covid-19 yang semakin menular di negara Eropah itu, lapor Anadolu.

Data Kementerian Dalam Negeri, dalam tempoh 11 hingga 15 Mac, lebih 665,000 orang diwajibkan menjalani pemeriksaan. Dalam tempoh itu juga lebih 27,600 penduduk dan kira-kira 1,100 pemilik perniagaan dilaporkan melanggar arahan “tutup”.

Itali negara Eropah paling teruk terjejas akibat Covid-19 yang kini meragut 2,000 nyawa, mendesak kerajaan mengenakan perintah ‘tutup”.

Mereka yang keluar rumah perlu mendapatkan kebenaran dan hanya tertakhluk untuk empat kes sahaja iaitu bekerja, kesihatan, keperluan asas dan pulang ke rumah sendiri. Beberapa perniagaan termasuk pasar raya, rangkaian pasar raya besar dan kedai runcit masih beroperasi dengan menyediakan khidmat penghantaran.

Semua sekolah dan universiti ditutup sehingga 3 April, tetapi guru dan profesor boleh menggunakan pembelajaran atas talian. Gimnasium dan taman permainan ditutup, sementara pengangkutan awam masih ber-operasi tetapi terhad.

Menurut data terbaru Yayasan Perunding Pekerjaan Itali, tiga juta pekerja – lebih 13 peratus tenaga kerja dikuarantin di rumah. Kerajaan turut meluluskan pakej rangsangan ekonomi bernilai €25 bilion, termasuk baucar pengasuh untuk keluarga dan bonus untuk beberapa kategori pekerja.

COVID-19 yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember, merebak ke 163 negara dan wilayah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Daripada 197,000 kes disahkan, angka korban kini melebihi 7,900, sementara lebih 81,000 pesakit pulih, menurut Worldometer.

Jumlah kes aktif melebihi 107,000 – 7 peratus pesakit dilaporkan kritikal. WHO juga mengisytiharkan Eropah sebagai pusat penularan baharu pandemik COVID-19

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali