ARTIKEL

Ivan Mamut kekal bersama Terengganu FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas dalam kenyataan di laman sosial facebook rasmi Terengganu FC hari ini.

Pengesahan itu sekali gus mematikan khabar angin atau desas-desus yang mengaitkan perpindahan pemain kelahiran Croatia itu ke skuad The Red Giants musim depan.

Menurut Mohd Sabri pemain berusia 26 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak lanjutan dan membantu skuad Penyu melakar pencapaian lebih cemerlang dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA musim 2024.

Beliau berkata faktor persekitaran, keserasian dan sokongan padu yang ditunjukkan penyokong skuad Penyu membuatkan Mamut memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman.

“Beliau sudah serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta corak kejurulatihan TFC. Apa yang kita harapkan ialah beliau dapat membantu kita untuk lebih cemerlang selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Mamut yang berketinggian 1.92 meter memulakan kariernya dalam kancah bola sepak Malaysia di Terengganu selepas dibawa masuk oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner tahun ini.

Walaupun bergelut dengan prestasi tidak menentu  pada awal musim, Mamut mengakhiri tahun 2023 dengan cemerlang apabila menjaringkan 24 gol dalam semua kejohanan termasuk Piala Konfederasi Asia (AFC) 2023.

Sebelum ini TFC turut melanjutkan kontrak Steinbruckner selepas berpuas hati dengan pencapaian beliau dalam tempoh semusim.– BERNAMA

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan