ARTIKEL

Fatimah (kiri) merakam kenangan bersama pemilik Syarikat Jasmin Jawahar, Mohamed Ikbal Abdul Mahjid (dua kanan).

Jabatan Kebajikan Masyarakat bantu urus pembayaran kepada penerima SKAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal membantu menguruskan pembayaran kepada penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang layak di bawah jabatan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata penerima layak yang telah menerima bantuan di bawah JKM sebelum ini secara automatik akan menerima sumbangan itu dalam akaun mereka.

“Ia merupakan hasil keputusan mesyuarat pagi tadi setelah menerima dan menilai keadaan apabila ramai warga emas dan individu kurang upaya (OKU) terpaksa beratur panjang di pejabat S Pay Global baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Syarikat Jasmin Jawahar dekat Lebuh India di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, semua penerima yang layak akan menerima sumbangan dalam bentuk tunai dan diagihkan ke dalam akaun bank masing-masing.

“Ini kerana kebanyakan golongan terbabit, termasuk ibu tunggal, pesakit terlantar, warga emas terutama di kawasan luar bandar, tidak mempunyai telefon pintar yang canggih.

“Disebabkan itu, JKM akan membantu mana-mana penerima bantuan daripada JKM, termasuk warga emas, untuk menerima sumbangan SKAS secara tunai, dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank.

“Pihak Unit Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) dan SAINS akan membuat semakan kelayakan penerima mengikut kategori, seperti isi rumah menerima RM800, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.

“Peruntukan itu pula akan disalurkan kepada JKM untuk membuat pembayaran kepada penerima yang layak,” katanya.

SKAS merupakan program bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Sarawak.

Dana yang diterima tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai dan juga tidak boleh dipindahkan atau digunakan bagi pembayaran bil atau ditebus untuk eGifts. 

Selain itu, penggunaan dana adalah terhad kepada kedai yang mengambil bahagian dan menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global sahaja.

Malah baru-baru ini, Pusat Perkhidmatan Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching kelihatan sesak apabila ramai pemohon hadir untuk mendaftar permohonan SKAS.

Para pemohon SKAS rata-rata berkata mereka menghadapi kesukaran teknikal berkaitan aplikasi S Pay Global dan ID Sarawak.

Ini termasuk kesukaran pengecaman muka, akaun digantung atau disekat, dan pengurangan pantas kuota baris gilir yang tersedia di pusat tersebut.

TAMAT

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah