Trending

Jabatan Penerangan Sarikei semai kesedaran autisme

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Anak adalah anugerah yang menjadi penyeri kehidupan sebuah keluarga.
Namun ada ibu bapa yang uji dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk memiliki anak Kelainan Upaya (OKU) termasuklah autisme.

Apa pun, mereka adalah pelengkap yang memberi peluang untuk kita saling menghargai dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Atas kesedaran itu, Jabatan Penerangan mengadakan Program Taklimat Kesedaran Autisme di Pejabat Penerangan Sarikei.

Pegawai Penerangan Bahagian Sarikei, Mohamad Shahrizan Putit berkata, aktiviti itu diadakan sempena sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Program yang lebih dikenali Semarak Biru ini merupakan kempen di peringkat antarabangsa yang mendapat sokongan pelbagai organisasi termasuk media utama dan masyarakat lebih 157 buah negara di dunia.

“Sehubungan itu, Jabatan Penerangan Sarikei juga tidak mahu ketinggalan dan kita juga ingin bersama masyarakat dalam meningkatkan kesedaran serta advokasi tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme,” katanya.

Sebagai simbolik sokongan seramai 24 orang kakitangan menurunkan tandatangan dan cap tangan di atas kain putih di pejabat agensi itu, semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru