ARTIKEL

Jadual belajar sendiri resipi Program Inkubator Gastronomi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIAPA sangka pelajar dari sekolah luar bandar, mampu mendapat keputusan cemerlang 8A+ dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya.

Berasal dari Matu dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu, Ahmad Farid Ridhwan Ramlan, 18, mengakui dia sangat gembira dengan keputusan tersebut.

“Saya berasa sangat gembira dan pada masa yang sama terharu kerana tidak menyangka mendapat keputusan semua A+.

“Alhamdulillah, berkat usaha bersungguh-sungguh menghadapi SPM membuahkan hasil kerana saya ingin membanggakan kedua-dua ibu bapa saya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Farid anak ketiga daripada empat adik-beradik itu mengakui, ingin membalas jasa kedua-dua ibu bapanya yang bekerja keras memberi pendidikan terbaik kepadanya.

“Bagi mencapai keputusan cemerlang ini, saya menjadikan pelajar SPM 2021 yang mendapat keputusan cemerlang sebagai inspirasi dan motivasi diri.

“Melihat kejayaan mereka, motivasi untuk belajar dalam diri meningkat.

“Saya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana ingin melihat kegembiraan ibu bapa saya terpancar di wajah semasa menerima keputusan SPM pada hari diumumkan,” ujarnya.

HAFAZ ISI PENTING

Dedahnya, ayahnya bekerja sebagai pemandu kenderaan Jemaah Nazir Cawangan Kualiti Sibu, manakala ibunya guru tadika di Matu.

Untuk mencapai kejayaan itu bukan mudah dan ia memerlukan lebih usaha berbanding peperiksaan biasa.

“Beberapa tip yang saya amalkan sebelum ini ialah membuat latihan kertas percubaan SPM terdahulu untuk semua mata pelajaran.

“Saya juga menghafal isi penting dalam setiap bab kerana ia memudahkan saya memahami sesuatu bab.

“Pengurusan masa dengan bijak juga penting.

Saya menguruskan masa dengan membuat jadual pembelajaran sendiri,” jelasnya.

Dedahnya, Covid-19 tidak menjejaskan pembelajarannya.

“Sejujurnya, Covid-19 tidak menjejaskan sangat pembelajaran kerana jaringan Internet di kawasan saya sangat baik.

“Saya mengambil kesempatan mendapatkan bahan pembelajaran secara atas talian,” katanya lagi.

Farid juga rajin menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu pelajar menghadapi peperiksaan.

Sehubungan itu, cabaran sepanjang menduduki SPM ialah jadual pembelajaran yang padat menyebabkan kurang waktu untuk berehat.

JADI PENDIDIK

Farid merancang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana ingin mencapai citacitanya menjadi guru.

“Saya berharap agar segala urusan untuk melanjutkan pelajaran selepas ini dipermudah dan rakan seperjuangan turut berjaya serta tidak mudah berputus asa,” tambahnya.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha