ARTIKEL

Jadual lawatan Tengku Hassanal di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di sini hari ini.

Ketibaan Tengku Hassanal sekitar jam 9.20 pagi di pejabat PETROS dan diiringi oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Rombongan juga disambut oleh Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta kakitangan PETROS yang lain.

Hamid Bugo turut menyampaikan cenderahati kepada Tengku Hassanal sempena lawatan tersebut.

Tengku Hassanal dijadualkan melakukan lawatan ke Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) di Jalan Isthimus Kuching dan pada sebelah petang melawat ke Muzium Budaya Borneo (BCM).

Pada sebelah malam nanti dijadualkan ke Majlis Santapan Malam bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta tetamu-tetamu kehormat lain.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu