ARTIKEL

Jaga adab komunikasi isu sensitiviti agama — Danald Jude

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai diseru agar menghentikan ketegangan dan perdebatan tidak sihat di media sosial berhubung penganjuran program ‘Kuching Car Free Morning’ di Padang Merdeka yang dijadual berlangsung esok.

Uskup Kuching, Ahli Jawatakuasa HARMONI Kebangsaan, Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak, Rt Rev, Datuk Danald Jute menegaskan agar menjaga adab berkomunikasi, terutamanya dalam isu yang melibatkan sensitiviti keagamaan.

“Perbincangan dalam talian yang berkaitan program tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ketegangan dalam kalangan masyarakat kita.

“Situasi itu dapat difahami memandangkan tarikh penganjuran program adalah pada 5 April, bertepatan dengan sambutan Hari Paskah yang diraikan oleh penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pada hari tersebut, kehadiran orang ramai ke gereja dijangka meningkat bagi menghadiri pelbagai upacara keagamaan.

Beliau turut mengimbas kejadian sebelum ini yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan komuniti gereja apabila bunyi muzik yang kuat telah mengganggu perjalanan ibadat.

Sehubungan itu, beliau telah menghubungi Menteri Bertanggungjawab bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan menyuarakan kebimbangan serta mendapatkan perhatian terhadap perkara tersebut.

“Beliau telah memberikan maklum balas positif dan berjanji untuk berbincang dengan pihak penganjur bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Kami percaya dan berharap agar pihak DBKU akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga keharmonian semua pihak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Danald turut memberi jaminan untuk memainkan peranan dalam meredakan ketegangan yang berlaku di media sosial.

Tambahnya, sekiranya ingin memberikan pandangan, elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghina, merendahkan atau mencemarkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka