ARTIKEL

Jaga sempadan Sarawak-Kalimantan daripada serangan Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Melindungi sempadan negeri ini daripada dicerobohi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi rakyat pada keseluruhannya.

Justeru,  amat penting bagi negeri ini memastikan sempadannya dilindungi daripada pencerobohan susulan peningkatan kes Covid di negara jiran, Kalimantan-Indonesia.

Sebuah protal semalam melaporkan, Kalimantan  merekodkan 182 kematian dengan 3,612 kes jangkitan.

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan angka terkini sudah mencecah 42,762,  selepas tambahan 1,331 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut angka Worldometers, 63 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini berjumlah 2,339 orang.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, amatlah penting untuk memastikan tiada kes Covid-19 dari luar di negeri ini.

“Setiap rakyat Sarawak perlu membantu menjaga sempadan Sarawak. Sempadan kita perlu dijaga sertiap waktu lebih-lebioh lagi ketika Covid-19 melanda,” jelasnya dalam satu catatan di Facebooknya.

“Tanpa kes import pada Mac, Sarawak mungkin tidak perlukan perintah kawalan pergerakan, diikuti perintah kawalan pergerakan bersyarat dan perintah kawalan pergerakan pemulihan,” ujarnya.

Beliau berkata, dengan kes import dan perintah kawalan pergerakan, rakyat Sarawak terkena tempias kesan ekonomi dan sosial.

Setakat semalam, sudah 565 kes jangkitan dikesan dengan 17 kematian di negeri ini.

“Terima kasih kepada rakyat Sarawak atas solidariti dan usaha bersama-sama, akhirnya kita dapat melandaikan lengkungan pada gelombang pertama,” jelas Dr Sim.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha