ARTIKEL

Jaga ternakan dengan baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Peserta input projek ternakan Dun Mambong dan Tarat diminta menjaga ternakan mereka dengan baik. Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ternakan yang dijaga dengan baik akan dipasarkan dan memberi pendapatan kepada penternak.

Untuk itu, Sagah menyarankan peserta projek input projek ternakan untuk menyertai taklimat anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Bandar Serian pada 17 Julai nanti.

Jelasnya, melalui taklimat itu, ia memastikan peserta faham tentang pelaksanaan dan projek ternakan yang diceburi untuk memastikan projek berjalan dengan lancar. “Saya mohon semua peserta harus hadir pada taklimat itu nanti kerana kita ingin mendengar cara dan kaedah untuk bidang yang kita ceburi itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Input Projek Ternakan Bagi Dun Mambong dan Dun Tarat di Dewan Kampung Sarig kelmarin.

Seramai 11 peserta dari Dun Mambong dan 16 peserta dari Dun Tarat menerima sijil input projek ternakan pada majlis tersebut. Dalam pada itu, Sagah berkata Kerajaan Sarawak menetapkan untuk menjadi pengeksport bersih agromakanan pada 2030.

Untuk mencapai sasaran itu, katanya, Sarawak perlu meningkatkan pengeluaran agromakanan termasuk ternakan dan hasil ternakan. Tambahnya, Sarawak mempunyai kelebihan dari segi status penyakit ternakan, kerana Sarawak bebas dari penyakit ternakan seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFM), Afrikan Swine Flu (ASF) dan penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza.

“Kelebihan kita di Sarawak jika dibanding dengan negara lain ialah apabila produk itu dari Sarawak, kita tidak ada masalah untuk jual ke negara luar.

“Bukan kita yang syok sendiri bebas daripada penyakit ini tetapi telah diiktiraf dan dikenali oleh pertubuhan makanan dunia,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha