BINTANGOR: Jalan baharu di KM6, Jalan Kelupu, Bintangor (Fasa 2) akan digunakan sebagai lencongan bagi jalan sedia ada bermula esok (8 Nov) bagi melancarkan kerja pembinaan saluran paip konkrit (RC) berdiameter 1.2 meter di laluan tersebut.
Jurucakap Jabatan Tanah dan Survei berkata, kawalan trafik akan ditugaskan di lokasi berkenaan dan diteruskan sehingga kerja pembinaan saluran dijadual siap sepenuhnya pada 20 November 2025.
“Bahagian jalan sedia ada akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan saluran.
“Aliran trafik akan dilencongkan ke jalan baharu yang telah siap dibina. Kawalan trafik akan bermula pada 8 November 2025 (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menambah, semua pengguna jalan raya dinasihat mematuhi susunan trafik serta tanda amaran jalan raya yang disediakan demi keselamatan bersama.






