ARTIKEL

Aidel ketika meninjau kawasan jambatan yang akan menghubungkan Buntal dan Bako. (ALIF NONI)

Jalan Bako–Buntal RM123 Juta Mendahului Jadual, Dijangka Siap Lebih Awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Kampung Bako dan Kampung Buntal sepanjang 8.5 kilometer mencatat kemajuan memberangsangkan apabila mendahului jadual asal yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo berkata, setakat ini kemajuan fizikal projek tersebut telah mencapai sekitar 28.65 peratus, berbanding perancangan asal sebanyak 15.37 peratus.

“Jalan ini merupakan projek Jalan Bako–Buntal sepanjang 8.5 kilometer, termasuk beberapa jambatan penghubung di kawasan Buntal dan Kampung Bako bagi melengkapkan jaringan jalan sedia ada.

“Setakat ini, kemajuan projek berada pada tahap yang sangat memuaskan dan mendahului jadual hampir empat bulan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan tapak dan sesi taklimat projek di kawasan jambatan Buntal yang merupakan sebahagian daripada jajaran jalan berkenaan, hari ini.

Menurut beliau, projek bernilai RM123 juta itu melibatkan tempoh kontrak selama 33 bulan bermula 7 Oktober 2024 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada April 2028. Namun, berdasarkan kemajuan semasa, projek berkenaan berpotensi disiapkan seawal hujung tahun hadapan atau awal 2028.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kontraktor diharap dapat terus mengekalkan momentum kerja bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan lebih awal daripada sasaran asal,” katanya.

Mengulas kelancaran pelaksanaan projek, beliau memaklumkan bahawa setakat ini tiada masalah besar melibatkan bekalan bahan binaan seperti pasir dan tanah. Namun, terdapat sedikit isu berkaitan sekatan tanah sepanjang kira-kira 600 meter di kawasan Buntal.

“Isu ini sedang ditangani oleh Jabatan Tanah dan Survei bersama JKR kerana ia melibatkan tuntutan tanah, dan sebahagian laluan masih belum dapat dimasuki oleh pihak kontraktor.

“Namun saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Aidel turut menjelaskan bahawa jalan utama projek ini direka mengikut piawaian JKR R3, manakala jalan penghubung di kawasan Buntal dan Bako dibina mengikut piawaian JKR R1.

“Kebanyakan jajaran jalan melalui kawasan tanah gambut, justeru kaedah pembinaan menggunakan teknik surcharge.

“Kaedah ini melibatkan peletakan beban tambahan di sepanjang jajaran jalan bagi membolehkan mendapan tanah berlaku secara sekata,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, selepas mencapai tahap mendapan yang dikehendaki, surcharge akan dialihkan ke paras formasi reka bentuk sebelum kerja-kerja seterusnya seperti penurapan dan pembinaan turapan jalan dilaksanakan.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keupayaan kontraktor berdasarkan kemajuan semasa, termasuk pembinaan sebuah jambatan utama yang menunjukkan prestasi pelaksanaan yang baik.

“Apabila siap kelak, jalan ini akan menghubungkan Bako terus ke Buntal dan seterusnya bersambung dengan projek jalan berkembar dari Bulatan Yayasan Sarawak ke Santubong yang sedang dilaksanakan.

“Dengan jarak hanya 8.5 kilometer, perjalanan dari Buntal ke Bako dijangka dapat dipendekkan kepada sekitar 30 minit atau kurang, sekali gus memberi manfaat besar dari segi mobiliti, pembangunan ekonomi dan akses penduduk setempat,” tambah beliau.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan