ARTIKEL

TEBING Jalan Entayau menghala ke Rumah Panjang Stengin yang mengalami tanah susur, hari ini.

Jalan Entayau Susur 50 Kaki, Penduduk Lubok Antu Cemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Kira-kira 10 meter Jalan Entayau dekat sini susur sedalam 50 kaki sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, rekahan tanah yang dikenal pasti di lokasi kejadian dipercayai berlaku akibat hujan semalaman.

“Selepas menerima panggilan daripada Tuai Rumah Dabong Bauk, lima anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku kejadian tanah susur di tebing Jalan Entayau menghala ke Rumah Panjang Stengin.

“Panjang jalan yang terjejas akibat tanah susur sedalam 50 kaki itu dianggarkan sekitar 10 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan keadaan setakat ini terkawal dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memasang pita amaran sebagai langkah keselamatan bagi memberi peringatan kepada penduduk supaya lebih berhati-hati.

Menurutnya, penduduk rumah panjang dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca sepanjang fasa Monsun Timur Laut (MTL).

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu