ARTIKEL

Alexander Nanta Linggi (FOTO: FB ALEXANDER NANTA LINGGI)

Jalan Penghubung Nanga Serau–Nanga Seranau Bakal Direalisasi di Bawah RMK-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Pembinaan jalan penghubung dari Nanga Serau, Song ke Nanga Seranau, Kapit yang diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) memberi berita gembira buat ratusan keluarga rumah panjang di kawasan berkenaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merupakan projek yang dinanti-nantikan oleh penduduk di sini dan bakal menjadi kenyataan.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembinaan dan penaiktarafan 2,800 kilometer jalan luar bandar di seluruh negara dalam tempoh RMK-13 (2026–2030).

“Apabila jalan ini siap kelak, kawasan di seberang kiri mudik Sungai Batang Rajang khususnya dari jambatan yang akan dibina menyeberangi Batang Rajang berhampiran Nanga Yong akhirnya dihubungkan terus ke seberang bandar Kapit melalui jalan darat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini.

Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit memberitahu, ini merupakan berita gembira kepada penduduk di kawasan berkenaan kerana mereka terpaksa bergantung kepada laluan sungai untuk berulang-alik.

Jelasnya, ini terutamanya selepas perkhidmatan bot ekspres dihentikan berikutan kewujudan jalan darat dari Sibu ke Kapit.

“Sebagai wakil rakyat, saya amat memahami keperitan dan kesulitan yang ditanggung oleh penduduk selama ini.

“Justeru, pengumuman ini bukan sahaja membawa harapan baharu malah menyuntik semangat untuk terus memperjuangkan lebih banyak kemajuan dan akses yang adil buat kawasan pedalaman Sarawak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan yang dizahirkan melalui pengumuman tersebut.

Tambahnya, ini adalah bukti bahawa suara rakyat luar bandar terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan negara.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan