Jalan raya Kuching-Sri Aman terputus

KUCHING: Keadaan di Jalan Pan Borneo Kuching-Sri Aman di Sungai Tenggang terputus hubungan pagi ini.

Ini susulan jalan tersebut dinaiki air banjir yang melimpah.

Menurut sumber, sepanjang dua kilometer ditenggelami air.

Sesiapa yang hendak ke bandar raya ini dari arah Sarikei atau Sri Aman dinasihati supaya menggunakan jalan pesisir melalui Pusa, Teriso, Sebuyau.

Keadaan ini merisaukan banyak pengguna yang hendak menggunakan jalan tersebut untuk meraikan Krismas atau ke bandar raya Kuching sebagai persiapan menyambut musim persekolahan atau tahun baharu 2020.