ARTIKEL

DITUTUP… Jalai Tun Ahmad Zaidi deka ditutup sementara berebak ari pengawa muka tumu Jematan Bintulu-Jepak pagila (Hari Minggu tu).

Jalan Tun Ahmad Zaidi ditutup sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jalan Tun Ahmad Zaidi akan ditutup sementara bermula jam 5:00 petang hari ini bagi memberi laluan kepada majlis pembukaan awal Jambatan Jepak, Ahad ini (23 Mac).

Penutupan ini melibatkan laluan belok kanan menuju ke Jalan Kambar Bubin dan akan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Menurut Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam satu kenyataan, penutupan jalan ini adalah sebahagian daripada usaha memastikan kelancaran majlis perasmian serta keselamatan pengguna jalan raya.

“Kami menasihatkan orang awam supaya mematuhi arahan keselamatan di lokasi terjejas dan menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan. U-turn di bawah Jambatan Jepak yang baru siap dibina boleh digunakan untuk mengurangkan kesesakan,” kata jurucakap BDA.

BDA turut mengingatkan pemandu agar berhati-hati sepanjang tempoh penutupan jalan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Orang ramai disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas di lapangan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna jalan raya boleh merujuk kepada saluran rasmi BDA.

Pembukaan awal Jambatan Bintulu-Jepak ini bukan sekadar menghubungkan dua kawasan, tetapi  ia juga simbol pembangunan pesat Bintulu ke arah menjadi hab ekonomi yang lebih mampan.

Dengan reka bentuk moden, jambatan ini dijangka mengurangkan kesesakan trafik di kawasan bandar dan memendekkan masa perjalanan antara Bintulu dan Jepak.

Ends.

Caption

Jalan Tun Ahmad Zaidi ditutup sementara susulan pembukaan awal Jambatan Bintulu- Jepak, Ahad ini(23 Mac).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha