ARTIKEL

MESRA… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, hari ini.

Jambatan Batang Igan bakal dibuka 15 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Jambatan Batang Igan dijangka dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac ini, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dengan siapnya jambatan itu, penggunaan feri tidak lagi diperlukan bagi penduduk di kawasan berkenaan.

RASMI… Uggah menyempurnakan simbolik perasmian majlis berkenaan.

“Saya dimaklumkan perjalanan menggunakan feri sebelum ini mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyeberangi Sungai Batang Igan.

“Dengan adanya jambatan ini, masa perjalanan dapat disingkatkan dan mungkin hanya mengambil masa beberapa minit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Uggah berkata jambatan berkenaan dijangka membawa banyak perubahan, khususnya dari segi kemudahan sekolah, klinik serta kesejahteraan penduduk setempat.

Menurutnya, ia akan membuka ruang kepada perkembangan aktiviti sosioekonomi serta meneroka potensi ekonomi sedia ada di kawasan berkenaan, sekali gus membolehkan penduduk menikmati masa depan yang lebih baik.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, jambatan sepanjang 1.4 kilometer itu diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Walaupun ada yang mengatakan projek ini sekadar ‘air liur’, namun kita berjaya membuktikan sebaliknya dan kini hasilnya dapat dinikmati.

“Inilah semangat kerajaan negeri yang sentiasa memastikan kemudahan dapat dinikmati oleh semua rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak serta pihak kontraktor yang komited melaksanakan projek tersebut dan memastikan ia siap mengikut jadual.

TERIMA KASIH… Uggah menerima cenderamata daripada Cassidy (dua kanan) selepas menyempurnakan majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan projek berkenaan berjalan lancar.

Jambatan Batang Igan merupakan antara sembilan buah jambatan yang dijangka siap di Sarawak pada tahun ini.

Projek itu melibatkan pembinaan sepanjang 1.4 kilometer dengan kos RM285 juta.

RAKAM KENANGAN… Uggah merakam kenangan bersama yang lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha