ARTIKEL

Uggah bersama-sama tetamu kehormat lain ketika Majlis Pra-Pembukaan Jambatan Batang Igan, hari ini.

Jambatan Batang Igan mula dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Jambatan Batang Igan dibuka untuk kegunaan oleh orang ramai bermula hari ini, sekali gus menamatkan secara rasmi perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan di Bahagian Mukah sejak 30 tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata dengan pembukaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer dan kos RM285.5 juta itu menjadi satu lagi simbol komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membina infrastruktur di Sarawak.

“Ini membuktikan janji Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membina lebih 20 jambatan di seluruh Sarawak benar-benar direalisasikan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pra-Pembukaan Jambatan Batang Igan di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menambah jambatan tersebut bukan sahaja menyediakan akses perhubungan yang mudah, cepat dan selesa kepada rakyat bahkan membuka peluang pembangunan ekonomi di kawasan sekitar.

Jambatan Batang Igan kini dibuka untuk kegunaan orang ramai. – Gambar JKR Sarawak

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak juga sedang giat melaksanakan beberapa jambatan lain, termasuk Jambatan Sungai Krian yang dijangka dibuka pada 18 Mac nanti.

Selain itu, katanya tujuh jambatan lain juga dijangka siap tahun ini termasuk jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Batang Lupar 1 sepanjang 4.8 kilometer.

“Kesemua projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak selepas tiga jambatan termasuk Jambatan Igan, dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2018,” katanya.

Justeru, Uggah berkata perkhidmatan feri di Sarawak akan menjadi sejarah apabila siapnya jambatan-jambatan yang sedang dibina itu menjelang akhir tahun ini.

“Saya fikir perkhidmatan feri dari Kuching hingga Miri akan tamat sepenuhnya.

“Beberapa lokasi masih menggunakan feri termasuk Batang Paloh, namun jambatan yang sedang dibina dijangka menamatkan semua perkhidmatan feri ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha