ARTIKEL

ROSAK…Laluan utama penduduk Kampung Biya Jaber rosak akibat arus deras pada Khamis. Kredit photo FB Donald Rock.

Jambatan Gantung Kampung Biya Jaber Rosak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUNCAK BORNEO: Jambatan gantung utama di Kampung Biya Jaber yang dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi pelancongan dilaporkan rosak akibat arus deras dan paras air sungai yang tinggi, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin memaklumkan, keadaan tersebut menyukarkan akses penduduk dan pelawat ke kampung tersebut.

“Laporan terperinci daripada ketua kampung dan Pejabat Daerah sedang diperoleh sebelum sebarang kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan.

“Tindakan segera akan diambil sebaik maklumat lengkap diperoleh,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimennya di sini, hari ini.

Tambah Willie setakat ini, tiada laluan alternatif yang boleh digunakan kerana jambatan rosak teruk.

Penduduk kampung katanya, terpaksa menunggu sementara pihak berkaitan menilai keadaan dan mencari penyelesaian bagi memastikan pergerakan harian mereka tidak terlalu terjejas.

“Kami juga akan terus turun padang bagi menyantuni rakyat dan menilai keperluan penduduk supaya bantuan segera dapat disalurkan.

“Bagi jangka panjang, projek pembinaan Jalan Biya Jaber kini berada dalam proses tender dengan anggaran kos harga siling bernilai RM24 juta.

“Notis tender dikeluarkan dan projek ini diharapkan dapat mengatasi kekangan berkaitan laluan tanah serta pembinaan jambatan,” katanya lagi.

Datuk Willie Mongin ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimennya di sini, hari ini.

Ujar Willie, projek jalan tersebut dijangka menyediakan akses lebih selamat dan kekal kepada penduduk, sekali gus membuka peluang kepada pembangunan dan sektor pelancongan di kawasan Biya Jaber.

Katanya, beliau yakin projek ini akan menampung keperluan jangka panjang penduduk dan pelawat.
“Saya mohon agar penduduk bersabar sementara proses pembaikan dan tender dilaksanakan. Keselamatan penduduk menjadi keutamaan utama dan langkah-langkah sementara akan diambil bagi memastikan kehidupan harian penduduk tidak terlalu terganggu,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha