ARTIKEL

Jambatan di Rumah Jamba, Nanga Santu, Sungai Iran, Song dan Rumah Lebah, Nanga Santu, Sungai Song.

Jambatan penyambung Rumah Jamba Nanga Santu-Rumah Lebah siap awal 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek jambatan yang menghubungkan Rumah Jamba di Nanga Santu, Sungai Iran, Song dan Rumah Lebah di Nanga Santu, Sungai Song dijangka siap pada 10 Februari 2027.

Pembinaan jambatan ini bakal menyediakan laluan lebih selamat untuk penduduk setempat.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, projek berkenaan bermula pada 11 November 2025. Skop kerja awal melibatkan pembersihan tapak projek serta pembinaan asas menggunakan kaedah micropile.

“Selain itu, skop kerja turut merangkumi pembinaan jambatan jenis RSJ, pembinaan jalan berturap, sistem saliran dan kemudahan jalan lain,” menurut kenyataan JKR Sarawak menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

JKR Sarawak menegaskan projek tersebut bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Rumah Jamba dan Rumah Lebah. Manfaat utama ialah memendekkan masa perjalanan harian serta menyediakan akses jalan yang lebih lancar.

“Selain itu, projek ini juga dijangka meningkatkan akses ke kawasan lain serta membuka peluang pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan pedalaman Kapit,” jelas kenyataan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU