ARTIKEL

Jambatan Tandang Sari lokasi ideal aktiviti Fun Run

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Beting Maro mengambil tanggungjawab untuk menghidupkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian seperti Tandang Sari Bridge Fun Run 2019 di Daerah Pusa.

Jurucakapnya Mohamad Shafizan Kepli memberitahu, jambatan Tandang Sari yang sudah digunakan sejak dua tahun lalu menjadi tempat santai terutamanya pada waktu petang.

“Selain dapat menggalakan masyarakat untuk melakukan aktiviti fizikal sebagai amalan gaya hidup sihat, melaluinya juga kita ingin memperkenalkan jambatan Tandang Sari sebagai laluan penghubung yang penting bagi banyak tempat di kawasan ini.

“Bagi saya, Tandang Sari Bridge Fun Run satu lagi sejarah kerana kali ini julung kali diadakan… Insha-Allah pada masa akan datang, penganjuran seumpamanya boleh diusahakan dengan lebih hebat.

“Kita mahu orang tahu, jambatan Tandang Sari menjadi lokasi ideal aktiviti larian dengan suasana pemandangan kampungnya yang indah, udara yang segar dan ia menjadi penyatu masyarakat di sekitar Daerah Pusa,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi pengelola larian bercakap demikian kepada Suara Sarawak selepas berakhirnya aktiviti.

Untuk penyertaan edisi sulung penganjuran, jelasnya terdapat 50 orang menunjukan minat.

Sementara itu Pemanca Daerah Pusa Awang Raziee Awang Mohd Zain memuji usaha Saberkas untuk menganjurkan aktiviti sedemikian.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tahniah kepada Saberkas Cawangan Beting Maro kerana komitmen untuk memastikan penganjuran Tandang Sari Bridge Fun Run tahun ini mencapai matlamatnya.

“Anda yang menyertai aktiviti sihat ini menjadi contoh supaya lebih ramai yang akan membudayakannya selepas ini.

“Ini salah satu inisiatif Saberkas menyahut seruan kerajaan supaya rakyat di negara ini kekal cergas dan sihat serta dihindari penyakit,” ujarnya.

Larian lima kilometer itu dimenangi Ahmad Juni sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM200 beserta medal dan sijil.

Hadir sama Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Maludam Noraini Aden serta ketua-ketua masyarakat dan kaum.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu